Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 30 Disember 2012

China-Jepun Bertembung Di Kepulauan Senkaku

Bendera Jepun dikibarkan di Pulau Senkaku. Foto: AFP


BEIJING - Kerajaan China melaporkan, pasukan peronda negara itu yang terdiri daripada empat kapal telah bertembung dengan kapal peronda Jepun di wilayah Kepulauan Senkaku yang dipertikaikan oleh kedua-dua negara berkenaan.
Pasukan China kemudiannya bertindak mengusir kapal peronda Jepun kerana pasukan itu yakin pasukan peronda Jepun berada dalam wilayah mereka.

Manakala pihak Jepun menyatakan, kedua-dua pasukan sama-sama menghantar mesej yang menyatakan bahawa kedua-dua belah pihak sedang berada di wilayah sendiri. Kedua-dua pihak kemudian saling meminta kapal yang lain keluar dari wilayah pertikaian.

Akhir-akhir ini Kerajaan China menggiatkan aktiviti rondaan di sekitar kepulauan yang mereka sebut Pulau Diayou. Rondaan dilakukan berkaitan polisi nasionalisasi sepihak Jepun terhadap kepulauan tersebut.

Selain dipertikaikan oleh China dan Jepun, kepulauan tersebut juga dituntut oleh Taiwan. Namun berdasarkan level kekuatan Taiwan, negara itu tidak akan mampu  menentang kekuatan dua kuasa besar Asia itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.