|
John McAfee telah dimasukkan ke dalam teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami selepas dia tiba di sana pada Rabu malam.
|
|
Catatan di blog McAfee menyatakan McAfee yang bernilai US$ 120 juta tidak mempunyai wang, no telefon dan tidak ada maklumat kenalan.
|
|
Teman wanita McAfee, Sam Vanegas, 20 tahun tidak mengikutinya ke AS. |
|
Vanegas yang ditinggalkan McAfee rasa sedih. |
GUATEMALA CITY: Pakar perisian antivirus warga Amerika Syarikat, John McAfee dibebaskan dari pusat tahanan dan diiringi pegawai imigresen serta trak polis menuju lapangan terbang di sini untuk dihantar pulang ke Miami menaiki pesawat komersial.
Dia diletakkan di tempat duduk ekonomi penerbangan berkenaan.
Ketika dibawa ke lapangan terbang, McAfee turut diiringi sekumpulan wartawan dan dua trak polis dengan bunyi siren menandakan bab terakhir sikap pelik pakar itu selama sebulan mengelak diri daripada berdepan siasatan polis mengenai pembunuhan ekspatriat Amerika Syarikat di Belize.
"McAfee masuk ke negara itu secara haram. Guatemala menghalau dia. Memandangkan dia berasal dari Amerika Syarikat, Guatemala menghantarnya pulang ke Amerika Syarikat," kata jurucakap Jabatan Imigresen, Fernando Lucero. - AP / Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.