Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 27 Disember 2012

Kuil Berusia 2750 Tahun Ditemui Di Baitulmaqdis

Ahli arkeologi menemui patung kuda di Tel Motza. Foto: Nbcnews


BAITULMAQDIS - Ahli arkeologi menemui kuil berusia 2,750 tahun berhampiran berhampiran bandar ini berserta beberapa artifak yang terdiri daripada patung tembikar dan tanah liat.

Kuil tersebut ditemui semasa kerja-kerja cari gali di tapak arkeologi Tel Motza, kira-kira 3 batu (5 kilometer) di barat Baitulmaqdis.

"Bangunan ritual di Tel Motza adalah luar biasa dan mengejutkan. Sukar bahkan hampir tidak ada kesan-kesan bangunan ritual zaman Judaea," ujar ahli arkeologi Anna Eirikh.

Kitab agama Yahudi menjelaskan, kuil pertama dibina di Baitulmaqdis oleh Sulaiman, putra Raja Daud. Ahli arkeologi menganggarkan pembinaan tersebut dilakukan pada abad ke-10 sebelum masehi.

Ahli arkeologi mengatakan, kuil Tel Motza telah wujud semasa era sebelum reformasi keagamaan pada akhir tempoh monarki (pada zaman Hizkia dan Yesaya). Tempoh tersebut menghapuskan semua laman ritual dan menumpukan perhatian pada amalan ritual yang sepenuhnya di Kuil Baitulmaqdis.

Tel Motza dianggap mempunyai hubungan dengan penempatan purba yang disebut "Mozah" dalam Book of Joshua. 
Sejak kajian dijalankan, struktur besar dengan gudang dan sejumlah silo (tempat simpanan hasil pertanian) telah ditemui. Ahli arkeologi menjelaskan bahawa struktur tersebut berkemungkinan digunakan sebagai tempat menyimpan gandum di Baitulmaqdis. Struktur yang baru ditemui ini mempunyai dinding besar dan lebar.

"Sinar matahari terbit di timur akan menerangi objek yang ditempatkan dalam kuil pertama," terang Anna. Ia berkata, objek yang ditempatkan dalam kuil ini, mempunyai makna khusus berkaitan kepercayaan yang mereka anuti ketika itu.

Di dalam kuil, ahli arkeologi menemui binaan yang kelihatan seperti altar dengan beberapa benda ritual yang ada di sekitarnya. Benda tersebut seperti serpihan seramik, patung tembikar dan beberapa benda lain seperti patung kuda.

"Penemuan struktur suci, bersama dengan beberapa benda-benda suci, masih memerlukan kajian yang luas," jelasnya.
_______________________________________________________________________ 


era sebelum reformasi keagamaan pada akhir tempoh monarki...?
zaman Hizkia dan Yesaya...?
 
Hizkia tu Nabi Zakaria kot...
Yesaya tu Nabi Yahya...
Wallahualam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.