Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 9 Disember 2012

Ganja Halal Di Negeri Washington

Undang-undang baru di Seattle membenarkan mereka yang berumur lebih 21 tahun memiliki ganja, yang masih haram di bawah undang-undang persekutuan untuk membeli, menjual atau menanam ganja.
Di antara yang menyokong undang-undang itu ialah Paul McCartney
 Turut menyokong Richard Bronson
Veteran Perang Iraq, Darin Ellis dan isterinya, Amberlynn bersama anaknya Milena sembilan tahun, turut mengalu-alukan undang-undang tersebut
Ganja
'Gula-gula' yang mengandungi dadah 
Penggunaan dadah rekreasi telah berkembang pesat di Amerika, di mana kajian baru-baru ini menunjukkan 17.4 juta orang atau 6.9 peratus daripada penduduknya mendakwa bahawa mereka menggunakan ganja pada tahun 2011

SEATTLE - Beratus-ratus orang dilihat menghisap ganja di sini selepas penggunaan dadah itu dibenarkan di negeri Washington, Amerika Syarikat (AS). Pengambilan ganja bukan lagi satu jenayah di Washington berkuat kuasa selepas pukul 12 malam Khamis lalu susulan keputusan satu referendum mengenainya pada bulan lalu. Negeri berkenaan bersama Colorado menjadi dua negeri pertama AS yang membenarkan pengunaan ganja. 
Secara teknikal, undang-undang baharu itu masih melarang pengunaan ganja di tempat awam dengan denda akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan itu. - Agensi
____________________________________________________________________

Apa lagi yang masih tak boleh di Amerika? 
Minum arak boleh... 
Berzina @ seks bebas / tanpa kahwin boleh... 
Menggugurkan anak boleh... 
Seks sejenis @ homoseks / lesbian boleh... 
Tak lama lagi dadah pun boleh digunakan di seluruh Amerika! 
Beginikah rakyat di negara bebas melaksanakan kebebasannya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.