Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 7 Disember 2012

Jutawan Yang Tak Bahagia

Mula-mula, Gregory Faul, 52, ditemui mati di rumahnya di Belize bulan lepas. Beliau adalah jiran McAfee.

Pegawai polis membawa mayat Gregory Viant Faull berikutan pembunuhan beliau.

McAfee meninggalkan Belize bersama teman wanita berumur 20-an, Venegas Sam selepas beberapa minggu beliau bersembunyi daripada pihak berkuasa.

Gambar McAfee pada Khamis dilindungi oleh seorang pendatang, di mana dia ditahan di Guatemala City.

Peguam McAfee, Telesforo Guerra, memasuki tempat perlindungan asing, di mana pihak berkuasa Guatemala mengatakan McAfee ditahan.

McAfee telah ditangkap minggu ini oleh pihak berkuasa Guatemala dan kemudiannya dinafikan suaka di sana.

McAfee dipindahkan dengan ambulan ke Hospital Polis kebangsaan di Guatemala City.

McAfee bersembunyi di Guatemala telah ditahan pihak berkuasa Guatemala.

John McAfee telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami dua serangan jantung kecil dan mengalami sakit dada sepanjang hari.

Peguam McAfee berkata pakar teknologi komputer itu telah mengalami sakit dada sepanjang hari.
Sumber: Mail Online

Berita myMetro:

GUATEMALA CITY: Polis Guatemala menahan pakar perisian Amerika Syarikat (AS), John McAfee, semalam kerana memasuki negara itu secara haram. 
Menteri Dalam Negeri, Mauricio Lopez Bonilla, berkata Guatemala akan mengusir McAfee ke negara jiran, Belize, kerana dia dikehendaki untuk disoal siasat dalam kes pembunuhan jirannya. McAfee, 67, bersembunyi selama tiga minggu sebelum memasuki Guatemala bersama teman wanitanya berusia 20 tahun bagi mengelak ditahan polis Belize. 
Dia dianggap “individu berkepentingan” dalam kes kematian seorang warga AS, Gregory Faull. 
Menurut Bonilla, McAfee ditahan polis Guatemala dan anggota Interpol di hotel Intercontinental di Guatemala City. 
Menjadi seorang daripada usahawan pertama Lembah Silikon di AS, McAfee mengumpul kekayaan melalui perisian antivirus yang kini dikenali dengan namanya sendiri. - Reuters
_______________________________________________________________________

Jutawan ini tidak bahagia sejak dia kehilangan kebebasan
dia kehilangan kebebasan sejak polis cari dia
polis cari dia sejak jirannya ditemui mati
ai, berapa kali sejak da...
 
Sang jutawan kemudiannya ditangkap di Guatemala
dalam persembunyian di negara asing itu sang jutawan sakit dada
mungkin stress agaknya
Demikianlah betapa berharganya kebebasan
kalau dah dalam persembunyian, perlarian atau buruan
pastilah tidak bahagia walaupun kaya raya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.