|
Chlenshaw dengan koleksi buku di rumahnya. Foto: Mail Online |
KENT - Seorang lelaki, Brian Clenshaw, yang bekerja sebagai jurujual diusir dan dihadapkan ke mahkmah oleh pemilik apartmen kerana menimbun ribuan surat khabar, majalah, DVD, buku, syiling, setem, dan benda-benda lain.
AEChattell & Sons, pemilik pangsapuri Tunbridge Wells County Court, menyaman Clenshaw kerana tindakannya itu boleh menyebabkan kebakaran.
Clenshaw, melakukan perbuatan itu kerana dia mengalami Sindrom Penimbunan kompulsif, iaitu dia tidak boleh membuang apa pun. Tingkah lakunya menjadi semakin teruk selepas dia mengalami kemalangan lalu lintas.
"Sejak saya masih kecil saya sedikit penakut dan saya selalu merasa tidak selamat. Suatu ketika saya mengalami kemalangan pada tahun 1997 di mana saya dilanggar oleh lori seberat sepuluh tan yang menyebabkan saya trauma," ujar Clenshaw.
"Pada tahun 2004, saya mula menimbun segala macam benda, seperti buku, DVD, CD. Saya juga mula mengumpul koleksi syiling dan mengumpul setem. Hal itu saya lakukan untuk menghilangkan rasa trauma saya, tapi tidak berhasil," ujar lelaki berusia 52 tahun ini.
Clenshaw, mengumpul beratus-ratus surat khabar termasuk salinan dari Times dan Daily Mail serta timbunan majalah seperti Maxim. Dia juga memiliki timbunan DVD termasuk BBC Sukan Olimpik DVD.
Seorang jurucakap AEChattell & Sons mengatakan, mereka mengambil tindakan saman atas sebab keselamatan dan pihaknya juga menawarkan penginapan kecemasan yang tersedia.
"Kami telah memulakan proses mahkamah kerana tindakan Clenshaw sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan kebakaran. Kami juga telah menawarkan penginapan alternatif kepada Clenshaw," jelas jurucakap AEChattell & Sons. - Daily Mail
_______________________________________________________________________
Kalau berdasarkan gambar-gambar di atas - macam ok aje...
keadaan dalam rumah dia tak lah teruk sangat
cuma nampak agak sesak aje
macam bilik stor!
maklumlah dia sakit
sakitnya pula ialah 'tak leh buang apa pun'
maka tak ada apa bendalah dia nak buang
jadi sesaklah rumah dia
Tapi iyalah...
lain padang - lain belalang
lain tempat - lain budayanya.
Mr Clenshaw disaman sebab rumah dia penuh dengan benda yang mudah terbakar!
dan dia juga ditawarkan penginapan alternatif
bukan diusir saja-saja bagaikan kucing kurap...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.