Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 12 Disember 2012

Israel Yang Bingung

TEL AVIV: Israel dilaporkan ingin membeli 6,900 buah peluru berpandu dari Amerika Syarikat (AS) yang kesemuanya berharga US$647 juta (RM1,941 juta). Pembelian tersebut bertujuan untuk menggantikan peluru berpandu yang telah digunakan semasa serangan ke atas Semenanjung Gaza November lalu. Dalam serangan selama 8 hari itu, tentera Israel diduga telah menggunakan sekitar 1,500 peluru berpandu.

RAMALLAH: Pasukan Israel menggelidah beberapa pejabat milik NGO dan organisasi masyarakat yang ada di sini serta merampas fail-fail dan komputer. NGO terlibat adalah Jawatankuasa Agrikultur, kumpulan pembela hak asasi manusia al-Dameer, dan Kesatuan Perempuan Palestin. Menurut salah seorang pegawai Palestin, Mustafa Barghouti, tindakan yang dilakukan Israel sama halnya dengan merompak.

JERUSALEM: Menteri Luar Negeri Israel, Avigdor Lieberman mengkritik Kesatuan Eropah kerana sikap berdiam mereka terhadap ucapan Pemimpin Hamas Khaled Meshal yang menyuarakan kehancuran Israel. Lieberman menganggap, sikap Eropah sama seperti di era Holocaust. Selain Lieberman, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga merasa kecewa kerana masyarakat antarabangsa tidak mengecam Hamas.
Sikit-sikit Holocaust... sikit Holocaust...
Macam budak-budaklah Israel nih
Dia serang orang boleh... orang serang dia tak boleh... dia kata orang jahat!
Holocaust berlaku di Jerman... Yahudi dianiaya di negara orang
Tapi rakyat Palestin dizalimi Israel di tanah air sendiri!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.