Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 18 Disember 2012

Duit RM2 Juta Lesap Akibat Skim Pelaburan Beras

SEBAHAGIAN mangsa skim pelaburan beras menunjukkan laporan polis yang mereka buat di Kuching semalam. Foto: Kosmo!

KUCHING - Seramai 20 penduduk Kampung Menjau, Batu 21 dekat sini mendakwa kerugian wang tunai hampir RM2 juta selepas terperdaya dengan tawaran dividen lumayan sindiket skim pelaburan beras yang dianjurkan oleh seorang lelaki tempatan sejak dua bulan lalu. 
Kesemua mangsa menyedari ditipu dalam skim berkenaan selepas mereka tidak menerima bayaran dividen dalam tempoh dua bulan sebagaimana dijanjikan oleh syarikat berkenaan. 
Mangsa yang tidak berpuas hati tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Maong di sini semalam. 
Sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Zeplin Uteh Jacob, 33, mendakwa menjalankan skim pelaburan beras menggunakan nama syarikat Dynamic Wira Marketing di Kota Padawan. 
Menerusi skim itu, Zeplin menawarkan pulangan wang tunai atau dividen antara 50 hingga 90 peratus kepada mana-mana individu yang melabur dalam syarikat itu. 
Lebih menarik mangsa tidak perlu membeli beras berkenaan iaitu beras jenama Lim Guan Seng seberat 10 kilogram (kg) sekampit. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.