|
ROKET Atlas V yang membawa pesawat angkasa lepas X-37B berlepas dari Stesen Tentera Udara di Cape Canaveral, Florida semalam.
|
|
Pegawai Tentera Udara berkata pesawat angkasa tanpa pemandu, yang menyerupai kapal angkasa kecil ini, membolehkan teknologi diuji di angkasa lepas.
|
|
Roket Atlas 5 membawa pesawat angkasa X-37B tentera AS yang dilancarkan dari kompleks 41, Cape Canaveral, Florida semalam.
|
|
Foto pada 5 April 2010 yang dikeluarkan oleh Tentera Udara AS melalui NASA menunjukkan Kenderaan X-37B Ujian orbit di kemudahan Astrotech di Titusville Florida - ini adalah pelancaran kali kedua.
|
|
Pesawat angkasa X-37B berada di atas roket Atlas V ketika ia dilancarkan di Cape Canaveral Air Force Station di Florida pada 2010
|
|
Gambar fail ini yang dikeluarkan oleh Tentera Udara AS menunjukkan petugas memeriksa pesawat X-37B, kapal angkasa pertama tanpa pemandu Tentera Udara AS selepas mendarat semula pada 3 Disember, 2010 di Vandenberg Air Force Base di California
|
|
Grafik komputer menunjukkan pesawat X-37B kelihatan seperti di angkasa. Ia mengambil masa satu dekad untuk dibangunkan
|
|
Imej komputer ini menunjukkan pesawat memasuki semula ruang Bumi. Walaupun ia menyerupai kapal angkasa kecil ia tidak direka untuk membawa manusia. Lebar sayapnya adalah 4.5m dengan panjang 8.9m. Ia menggunakan kuasa bateri dan sel solar.
|
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) kelmarin melancarkan kapal angkasa kecil futuristik tanpa juruterbang, X-37B untuk kali ketiga ke angkasa lepas.
Kapal angkasa sepanjang 8.9 meter dan berat 5,000 kilogram itu berlepas dari pusat pelancaran Stesen Tentera Udara AS di Cape Canaveral, Florida.
Ia dibawa oleh sebuah roket Atlas V pada pukul 1.03 tengah hari waktu tempatan.
Kapal angkasa itu kemudian akan berpisah dengan roket tersebut.
Misi kapal angkasa itu tidak didedahkan secara terperinci oleh Tentera Udara AS.
Firma United Launch Alliance yang wujud menerusi kerjasama antara Boeing dan Lockheed Martin menyiarkan imej penerbangan itu secara langsung di laman webnya.
Menurut firma tersebut, penerbangan itu adalah bagi menyokong eksperimen angkasa lepas.
Tentera AS pula memberitahu, program kapal angkasa itu adalah untuk memperkenalkan teknologi penerbangan angkasa lepas tanpa angkasawan.
Ia diperkenalkan ekoran penamatan misi kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Bagaimanapun, ramai pakar angkasa lepas percaya kapal angkasa itu yang berupaya kembali semula ke Bumi merupakan sebahagian daripada program perisikan canggih AS atau berpotensi digunakan untuk mengganggu satelit negara-negara seterunya.
Projek X-37B itu dilancarkan NASA pada 1999.
Ujian pertama pesawat itu diadakan pada tahun 2010 dan mengelilingi Bumi selama tujuh bulan.
Dalam ujian kedua, pesawat tersebut mendarat pada Jun lalu selepas berada selama 469 hari dengan mengelilingi Bumi. - Agensi / Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.