Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 9 Disember 2012

Kanser Serang Semula Hugo Chavez

Presiden Venezuela Hugo Chavez, (kiri), bercakap dengan Menteri Pertahanan Diego Molero setibanya ke lapangan terbang Simon Bolivar di Maiquetía, berhampiran Caracas hari ini
Hugo Chavez, (kiri), bercakap dengan Presiden Cuba Raul Castro, (tengah), sebelum meninggalkan Cuba untuk kembali ke Venezuela pada hari Jumaat
Hugo Chavez melangkah turun dari pesawat sebaik tiba di Venezuela
Hugo Chavez mengibarkan bendera Venezuela semasa bercakap kepada penyokong selepas menerima berita dipilih semula beliau di Caracas pada 7 Oktober lalu
Penyokong Hugo Chavez meraikan kemenangannya
Enam tahun lagi: Kemenangan itu memberikan Chavez satu lagi peluang untuk mengukuhkan legasi beliau dan akan lebih tegas melakukan peralihan kepada sistem sosialisme dengan rizab minyak terbesar di dunia
Presiden Venezuela Hugo Chavez (kiri) dan Naib Presiden Nicolas Maduro (kanan) selepas mengumumkan kanser pelvik beliau kembali menyerang
Penyokong Chavez bangkit di ibu negara selepas mendengar pengumuman presiden

Presiden Venezuela Hugo Chavez mengumumkan malam Sabtu bahawa kanser beliau telah kembali menyerang semula dan beliau akan menjalani satu lagi pembedahan di Cuba. 
Chavez, yang memenangi pemilihan semula pada 7 Oktober, buat kali pertama berkata bahawa jika kesihatan beliau memburuk, penggantinya ialah Naib Presiden Nicolas Maduro. 
"Kita perlu menjamin keutamaan Revolusi Bolivarian," kata Chavez di televisyen, ketika bercakap di istana presiden yang turut dihadiri Maduro dan pembantu lain. 
Presiden itu berkata bahawa ujian telah menunjukkan 'sesetengah sel malignan' telah kembali semula di bahagian yang sama di mana tumor sebelum ini dibuang. Beliau berkata akan kembali ke Cuba pada hari Ahad untuk menjalani pembedahan. 
Chavez memanggilnya 'pertempuran baru' yang merupakan pembedahan kali ketiga untuk membuang tisu kanser dalam tempoh setahun setengah. 
Presiden berusia 58 tahun itu pertama kali menjalani pembedahan kanser pelvik di Cuba pada Jun 2011, selepas pembedahan awal mendapati beliau mengidap kanser. 
Beliau mempunyai satu lagi pembedahan kanser Februari lalu selepas tumor muncul di bahagian yang sama. Beliau juga telah menjalani rawatan kemoterapi dan radiasi.
____________________________________________________________________

Kasihan presiden ini
wajahnya pun tidak lagi ceria
dia terkena penyakit yang amat ditakuti di dunia ini
penyakit yang menyeksakan dan sukar disembuhkan
Presiden ini tambah menderita sebab
dia tak boleh mendapatkan rawatan di Amerika Syarikat atau negara-negara lain yang pro Amerika
sebab beliau tak disukai oleh Amerika dan negara-negara sekutunya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.