Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 12 Disember 2012

Orang-orang Kreatif Di Dunia

SYRIA: Kumpulan penentang rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad memperkenalkan kereta perisai buatan sendiri yang menggunakan alat kawalan. Dinamakan Sham II, kenderaan perang tersebut dibina dalam tempoh kurang satu bulan. Kereta perisai itu yang menggunakan rangka badan sebuah kereta diesel dan beberapa bahagian badannya diambil dari sebuah kawasan besi lusuh. Ia boleh dikawal dengan alat permainan video Sony Playstation. Foto: Kosmo!

CHINA: Seorang petani, Liu Qiyuan membina tujuh buah pod penyelamat yang berbentuk bulat dan boleh terapung di permukaan air di rumahnya di selatan Beijing. Dia mendapat ilham daripada filem Hollywood yang berjudul 2012 dan tragedi tsunami di Asia pada tahun 2004. Qiyuan berharap ciptaan itu akan digunakan oleh beberapa pertubuhan antarabangsa dan jabatan kerajaan bagi menghadapi ancaman tsunami dan gempa bumi. Pod itu mengandungi tangki oksigen dan tali pinggang keledar serta boleh memuatkan 14 orang. Pod itu tidak berpusing bila terapung di permukaan air. Ia dibuat daripada kaca gentian. Foto: Kosmo
MALAYSIA: Seorang wanita Vietnam mengatakan dia terpegang satu objek keras pada kemaluan lelaki yang merogolnya ketika sesi kawad cam telah mengheret pemuda itu ke muka pengadilan sekali gus membuatkan tertuduh mengaku salah atas tuduhan tersebut. Mohamad Fadzlie mengaku yang dia ada memasang bebola besi atau ‘tayam’ pada kemaluannya ketika merogol mangsa di sebuah rumah urut di Setapak di sini pada pukul 1 pagi 25 November lalu. Pengakuan dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur semalam. Berita: Kosmo!

Kreatif... kreatif... memang kreatif!
Cuma berita paling bawah tu tak dapat tunjuk gambar... sebab SULIT!
Kalau tunjuk gambar pun... memang tak nampak! sebab SENJATA SULIT!
Tunjuk gambar mahkamah aje la... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.