Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 29 Disember 2012

Jeneral AS Semasa Perang Teluk Meninggal

Mendiang Jeneral Norman Schwarzkopf. Foto: AP


TAMPA - Jeneral Norman Schwarzkopf yang memimpin tentera bersekutu Amerika Syarikat (AS) dalam Perang Teluk tahun 1991, meninggal dunia dalam usia 78 tahun. Schwarzkopf dikenali dunia kerana berjaya mengusir pasukan Saddam Hussein dari Kuwait dalam perang tersebut.

Schwarzkopf dikenali di kalangan rakan sejawatnya dengan gelaran "Stormin Norman" kerana 'tabiatnya' yang meledak-ledak. Selain mendapat penghargaan dalam Perang Teluk, Schwarzkopf juga banyak mendapatkan penghargaan kerana jasa-jasanya semasa Perang Vietnam.

Presiden AS semasa Perang Teluk, George HW Bush, menyebut Schwarzkopf sebagai salah seorang pemimpin tentera yang terbaik sepanjang sejarah. Bush menyatakan perasaan duka cita selepas mendengar khabar kematian bekas pegawai bawahannya itu.

"Seorang tentera yang berprestasi, Jeneral Schwarzkopf bagi saya adalah seorang yang selalu menunjukkan baktinya kepada negara yang dicintainya. Ia telah membela kebebasan yang dimiliki oleh negara ini dalam krisis-krisis antarabangsa yang kita hadapi," ujar Bush mengenang Schwarzkopf.

Bekas Presiden Bush ketika ini sedang dirawat di hospital kerana mengidap bronkitis. Schwarzkopf dikhabarkan meninggal dunia kerana diserang pneumonia.

Kerajaan AS pernah menawarkan jawatan tertinggi tentera AS kepada Schwarzkopf namun jeneral itu menolak dan memilih untuk bersara. Schwarzkopf menghabiskan masa persaraannya di rumahnya di Tampa, Florida. - Sky News


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.