Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 11 Disember 2012

Peristiwa Sedih Di Ledang Dan Kuantan

Rahmah menunjukkan perbandingan wang palsu RM100 (kanan) dan wang RM100 tulen. Foto: Kosmo!

Beberapa peniaga kedai makanan di Kampung Batu 20, Sengkang, Bukit Gambir dekat sini mendakwa menjadi mangsa penipuan wang palsu RM100 oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pelanggan pada minggu lalu. Salah seorang peniaga bernama Rahmah sedang menunjukkan perbandingan wang palsu RM100 yang diterima daripada pelanggan dan wang RM100 tulen. - Kosmo!
Yusof melihat ruang tengah rumahnya yang musnah dijilat api. Foto: Kosmo!
Keseronokan seorang lelaki, Mohamad Yusof Md Said menyaksikan perlawanan bola sepak separuh akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Thailand bertukar duka apabila rumahnya di Kampung Serom 3, Sungai Mati dekat sini musnah dalam kebakaran malam kelmarin. - Kosmo!
Keadaan rumah Mohd. Yusabry selepas dirempuh treler di Felda Panching Timur, Kuantan. Foto: Kosmo!
Kejadian malang di rumah Mohd. Yusabry Mohd. Yusof, 39, di Felda Panching Timur dekat sini yang berlaku petang semalam. Rumah Mohd. Yusabry telah dirempuh treler  semalam. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.