Pesawat penumpang Bagan Air terbakar setelah gagal mendarat di lapangan terbang Heho, timur Myanmar akibat kabus tebal |
Tiga warga Myanmar terbunuh dan 11 orang cedera termasuk empat warga Britain. |
Pasukan penyelamat Myanmar bertungkus-lumus di tapak nahas pesawat yang membawa 65 penumpang. |
Salah seorang juruterbang pesawat milik syarikat penerbangan swasta Bagan Air adalah antara yang tercedera. |
Pihak berkuasa Myanmar berkata pesawat putus dua. |
Televisyen negara itu melaporkan, pesawat itu tersilap mendarat kerana landasan diselaputi kabus. |
Saksi mengatakan, pesawat itu masih berasap selepas nahas. |
Bagan Air dimiliki oleh Tay Za, hartawan kroni bekas pemerintah junta tentera Myanmar, beroperasi dengan dua Fokker 100 jet usang |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.