Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 21 Disember 2012

Apa Khabar Orang Syria?

Sebiji roket yang tidak meletup dilihat di kawasan Ain Terma di Ghouta, timur Damsyik semalam menunjukkan bahaya luar biasa yang dihadapi oleh orang awam.

Seorang pejuang Tentera Pembebasan Syria menunjukkan serpihan roket yang digunakan oleh tentera Syria di utara Aleppo.

Seorang pejuang Tentera Pembebasan Syria sedang membaca Al-Quran di utara Aleppo.

Presiden Syria, Bashar al-Assad adalah dari mazhab Alawiah.

Kanak-kanak dan serpihan roket di kawasan Ain Terma di Ghouta, timur Damsyik.

Seorang budak lelaki berdiri berhampiran bangunan yang rosak terkena peluru berpandu yang dilancarkan oleh pasukan yang setia kepada Presiden Syria Bashar al-Assad di Zamalka berhampiran Damsyik semalam.

Sebuah roket yang dilancarkan oleh Tentera Rejim Assad terkena pada kenderaan kecemasan di Aleppo City. Mangsa belum disahkan.

Seorang lelaki melihat-lihat bangunan yang rosak selepas serangan oleh pasukan yang setia kepada Presiden Syria Bashar al-Assad di Douma, berhampiran Damsyik.

Perpecahan antara penganut mazhab Alawiah yang memerintah dan majoriti mazhab Sunnah telah mengurangkan prospek perdamaian walaupun Presiden Bashar al-Assad digulingkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.