Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 12 Disember 2012

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal



BESUT - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. 
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. 
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. 
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. 
Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama
_______________________________________________________________________

Maknanya
selama 22 tahun rakyat Malaysia yang beragama Islam
akan ternanti-nanti kemunculan Allahyarham di kaca tv
pada setiap kali malam akhir bulan Ramadhan
untuk mengetahui tarikh Hari Raya Aidil Fitri
Kini Allahyarham telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya
Al-Fatihah buat roh Allahyarham
dan takziah buat ahli keluarganya
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.