|
Dr Rozmi Ismail berkata, Melayu paling ramai jadi Mat Rempit. Foto: UKM News Portal |
|
Sekumpulan Mat Rempit sedang beraksi di jalan raya. Foto: KenWooi.Com |
|
Walaupun terdedah kepada risiko seperti ini, namun Mat Rempit tidak takut mati. Foto: Blog Anak Desa Moden |
|
Mat Rempit yang tertangkap ketika beraksi waktu malam. Foto: Sinar Harian |
BANDA HILIR - Kajian menunjukkan lumba motosikal jalanan haram yang sering mencetuskan ketidaksenangan orang ramai terutama pengguna jalan raya terdiri dalam kalangan remaja lelaki Melayu berusia 15 hingga 25 tahun.
Ketua Program Kem Pusat Pemerkasaan Remaja (Perkasa), Universiti Kebangsaaan Malaysia, Prof Madya Dr Rozmi Ismail berkata, pelumba tersebut kebiasaannya datang dari keluarga yang mempunyai taraf ekonomi rendah dan tinggal di kawasan miskin atau kos rendah sama ada di bandar atau pinggir bandar.
“Malah golongan yang lebih dikenali sebagai Mat Rempit ini ketinggalan pelajaran, kebanyakannya belajar sehingga usia 16 tahun dan bekerja sebagai antaranya ‘office boys’, penghantar surat, operator pengeluaran, mekanik, penjual burger dan pembantu jualan.
"Mereka terlibat gejala rempit termasuk bagi memenuhi masa lapang, berhibur, mencari aktiviti mencabar, menunjukkan aksi akrobatik untuk menjadi hero, melepaskan tekanan dan kemarahan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pembentangan kertas kerja dalam seminar Keselamatan Jalan Raya sempena Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) ke-54 di sini, semalam.
Rozmi berkata, kajian itu dilakukan terhadap empat kumpulan peserta berasingan melalui pemerhatian, tinjauan dan temu ramah dari Mei 2010 hingga Jun 2012.
Beliau antara enam pembentang kertas kerja selain Penasihat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Suret Singh di hadapan kira-kira 300 peserta seminar berkenaan.
Wakil dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Sirim, Jabatan Pengangkutan Jalan, Petronas StreetSmart dan Jabatan Peserta turut membentangkan kertas kerja antaranya mengenai pengurusan keselamatan jalan raya dan perlaksanaan kurikulum pendidikan pemandu baharu berteraskan hasil pembelajaran. - Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.