Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 19 November 2013

Tembak Adik Kekasih Selepas Pinangan Ditolak

Unit forensik polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Foto: myMetro

Salah satu tembakan mengenai cermin kereta. Foto: myMetro


KAJANG - Berang hasrat untuk bertunang dengan kekasihnya dihalang keluarga wanita terbabit, seorang lelaki dikatakan tidak puas hati lalu menyerang dan melepaskan tembakan ke arah adik lelaki teman wanitanya itu, pagi semalam. 
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga anggota polis bertindak melepaskan lima das tembakan dan satu daripadanya menembusi bahu kanan mangsa. 
Difahamkan, mangsa, T Solomon, 25, mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Kajang oleh keluarganya. untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil. 
Suspek yang baru sebulan bertugas di Balai Polis Bandar Baru Bangi, di sini, sebelum itu dikatakan gagal memulangkan semula pistol jenis .38 Smith & Wesson di balai polis berkenaan sebaik tamat waktu kerja. 
Bapa mangsa, T Tholilale, 59, berkata ketika kejadian dia berada dalam bilik dan mendengar pertengkaran di luar rumahnya di Taman Megah, Kajang, di sini, disusuli bunyi tembakan. - myMetro

Suspek dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kajang. Foto: Berita Harian


KAJANG - Seorang konstabel polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam, atas tuduhan cuba membunuh adik lelaki bekas teman wanitanya, dua hari lalu. 
Samuel John Moses, 28, dari Balai Polis Bandar Baru Bangi, yang hadir ke mahkamah memakai kemeja-T dan seluar jeans biru, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik tuduhan dibacakan di depan Hakim Nor Hazani Hamzah. 
Dia didakwa dengan sengaja cuba membunuh Tholilaetholan, 25, dengan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kecederaan, di Nombor 10, Jalan 7, Taman Megah, Sungai Jelok, pada jam 8.52 pagi, 18 November lalu. 
Tertuduh yang berasal dari Alor Gajah, Melaka, didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun. 
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Balkiah Abd Yazaid, tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tuduhan membabitkan kesalahan serius dan tertuduh dikhuatiri mengganggu mangsa.  
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon jaminan dibenarkan dengan alasan perlu menanggung kedua ibu bapanya. 
Nor Hazani membenarkan Samuel diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. 
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menetapkan 20 Disember ini untuk sebutan kes. - Berita Harian 21.11.2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.