Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 15 November 2013

Budak 3 Tahun Tersepit Di Jeriji

Chyou Wang terjatuh dari tingkap tetapi kepalanya tersangkut di celah jeriji

Pejalan kaki yang mendengar tangisan Wang telah memanggil pasukan penyelamat

Tangan Wang berpegang pada jeriji besi semasa anggota penyelamat melepaskannya keluar 

Pemandangan dari laluan pejalan kaki

GUANGXI ZHUANG - CHINA - Tindakan seorang kanak-kanak tiga tahun yang ingin keluar mencari ibu bapanya mengundang padah apabila kepalanya tersangkut pada jeriji besi yang dipasang pada tingkap di kediamannya di Guilin, China. 
Bapanya, Lian, 44, berkata Chyou Wang sering ditinggalkan sendirian ketika dia dan isterinya bekerja. 
"Biasanya dia hanya tidur dan menonton televisyen. Dia mungkin bosan dan ingin mencari kami. Kami tidak pernah menyangka kejadian begini akan berlaku," katanya dipetik - Daily Mail 
Kanak-kanak itu akhirnya diselamatkan anggota bomba selepas pejalan kaki terdengar tangisan dan mendapati dia tergantung pada jeriji tingkap di tingkat empat rumahnya. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.