Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 13 November 2013

Sut Kalis Peluru Berharga RM61,189

Sut kalis peluru keluaran Syarikat Garrison Bespoke sedang diuji

Keupayaan suit kalis peluru ditunjukkan kepada pihak media

Sut ini menggabungkan gaya dan teknologi nano karbon ringan untuk menyerap impak peluru

Sut ini kelihatan sama dengan sut biasa

Peluru tidak mampu menembusi sut ini 

Kesan peluru yang ditembak dengan menggunakan handgun

Teknolgi nano karbon ringan yang digunakan pada sut ini sangat kukuh 


TORONTO - Sebuah syarikat pakaian mula menjual sut kalis peluru dan bergaya untuk seorang eksekutif abad ke-21 yang dikatakan pasti menyebabkan perisik 007, James Bond, cemburu. 
Syarikat itu, Garrison Bespoke, menggabungkan gaya dan ciri keselamatan menerusi teknologi nano karbon ringan untuk menyerap impak peluru senapang patah dan menghalang tusukan pisau menembusinya. 
Keseluruhan kos sut mewah itu berharga K$20,000 (RM61,189.96) untuk pelanggan terpilih bagi mengelak dibunuh ketika berada di luar negara. 
“Kami memberi tumpuan membuat sut lengkap James Bond. Industri jahitan sebenarnya agak suram dan anda mahukan cabaran seperti ini,” kata ketua projek khas untuk Garrison Bespoke, David Tran. 
Tran berkata, sut itu hasil inspirasi perbualan dengan seorang pelanggan yang terselamat selepas ditembak di negara asing enam bulan lalu. 
Pada kunjungan berikutnya ke kedai itu, beliau mengaku masih tergamam dengan kejadian itu. 
“Selepas lima minit, kami terfikir, ‘Bolehkah kami menghasilkannya? Kami mula memikirkannya selepas itu,” kata Tran. 
Selaku pengasas jahitan pintar, syarikat itu tidak boleh dengan mudah menggunakan Kevlar, bahan perlindungan tempur biasa yang digunakan polis dan tentera. 
Justeru, mereka berbincang dengan kontraktor yang dirahsiakan Tran, yang sebelum ini menyediakan perisai pelindung tubuh kepada komando Amerika di Iraq. 
Sebaik saja sut dijahit, enam lapisan nipis nano karbon dimasukkan ke dalam lapisan belakang sut jaket dan di hadapan, membolehkannya terletak dengan elok. 
Walaupun lebih banyak lapisan boleh ditambah untuk perlindungan tambahan, keselesaan dan memudahkan pergerakan boleh disesuaikan. 
“Ramai eksekutif lelaki dalam industri kewangan, perlombongan dan minyak membuat pengakuan kepada kami bahawa mereka rasa tidak selamat serta gementar apabila berada di luar sana,” kata Tran.
AFP/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Komen

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.