|
Penghuni Pangsapuri Muhibbah di Jalan Puchong membawa motosikal memasuki lif. Foto: myMetro |
|
Pencegahan: Motosikal di PPR Kampung Muhibah, Jalan Puchong disita penguatkuasa DBKL pagi Ahad lalu. Foto: Sinar Harian |
|
Operasi sita motosikal pada 13 April 2011 PPR Muhibah, Puchong. Foto: Surau Alhijrah |
|
Operasi di PPR Taman Intan Baiduri pada 27 Oktober 2013 lalu. Foto: Sinar Harian |
|
Motorsikal yang disita dibawa ke depoh simpanan di Jinjang. Foto: Sinar harian |
|
Walaupun operasi berterusan namun pemilik motor tidak pernah serik. Foto: Sinar Harian |
KUALA LUMPUR - Sikap kurang bertanggungjawab segelintir penghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan membawa motosikal naik ke rumah menggunakan lif dikenal pasti antara punca kemudahan disediakan untuk penghuni kediaman tinggi di ibu negara itu rosak.
Gara-gara mahu melihat kenderaan milik sendiri selamat berada di depan pintu rumah, namun ia menyusahkan penduduk lain hingga memberi tekanan setiap hari apabila berdepan kerosakan lif yang berpanjangan.
Tinjauan Harian Metro di Blok B, Pangsapuri Muhibbah, Jalan Puchong, di sini, mendapati penduduk kesal dengan sikap penghuni yang menyalahgunakan fungsi lif untuk membawa kenderaan. Penduduk yang ditemui berkata, keadaan yang sudah berlarutan sejak lima tahun lalu itu menyebabkan tiga lif yang disediakan di rumah pangsa setinggi 17 tingkat itu sering rosak.
Menurut mereka, setiap hari antara 15 hingga 20 motosikal dibawa naik ke tingkat atas perumahan berkenaan.
“Walaupun ada tiga lif tapi kerosakan yang berlaku silih-berganti, malah kadang-kadang kerosakan agak lama kerana tidak mempunyai kewangan untuk melakukan penyelenggaraan.
“Kami sudah muak membuat aduan kepada pihak pengurusan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai sikap penduduk, namun hingga kini tiada sebarang tindakan diambil,” katanya.
Lebih memburukkan keadaan apabila ada pemilik motosikal memasuki lif bersama kenderaan itu tanpa mematikan enjin menyebabkan ruang lif dipenuhi asap.
Masalah itu, katanya, menyebabkan ramai penghuni selalu lewat ke sekolah atau pejabat kerana menunggu lif.
Sementara itu, Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Dr Ismail Stapa berkata, pihaknya mengakui banyak menerima aduan kerosakan dan sering melakukan operasi membanteras kegiatan itu khususnya di kawasan PPR dan Perumahan Awam (PA).
“Operasi dijalankan selepas menerima aduan penduduk mengenai kerosakan lif disebabkan kedegilan pemilik membawa kenderaan mereka menggunakan kemudahan itu ke tingkat atas.
“Motosikal disita dan dihantar ke depoh DBKL selain pemiliknya dikompaun,” katanya. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.