Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 18 November 2013

Padah Tanah Perkuburan Diurus Syarikat Swasta

Pengunjung tanah perkuburan di Mollendal di Bergen, Hordaland terkejut melihat ratusan batu nisan disarungkan beg hitam

Kira-kira 670 perkuburan dilapor memperoleh amaran daripada pengurusan syarikat

Syarikat Akasia berkata, jika waris si-mati gagal membayar, nisan akan dialih dan dimusnahkan


HORDALAND, Norway - Pengunjung sebuah tanah perkuburan Mollendal di Bergen, Hordaland terkejut melihat ratusan batu nisan disarung dengan beg hitam, semalam. 
Setiap beg dilekatkan notis amaran lewat bayaran, mengingatkan keluarga si mati batu nisan terbabit akan dipindahkan dalam tempoh terdekat jika mereka gagal menyelesaikan bayaran tertunggak penyelenggaraan tanah perkuburan. 
Tindakan luar jangkaan di tanah perkuburan itu dilaksana pengurusan syarikat Akasia yang dilantik menyelenggara kawasan terbabit. 
Kira-kira 670 perkuburan dilapor memperoleh amaran daripada pengurusan syarikat itu. 
Undang-undang menetapkan, majlis perbandaran akan menanggung kos penyelenggaraan dan sewa untuk 25 tahun pertama bagi keranda dan 20 tahun pertama bagi pasu menyimpan abu mayat bagi setiap penduduk yang dikebumikan di sebuah tanah perkuburan. 
Selepas tempoh itu, keluarga si mati perlu membawa kos penyelenggaraan tahunan, 518 krone (RM217) untuk sebuah keranda dan 363 krone (RM190) untuk sebuah pasu. 
Kegagalan untuk memenuhi syarat itu boleh menyebabkan batu nisan terbabit dialih dan dimusnahkan. 
Namun, tidak dapat dipastikan apa yang akan dilakukan terhadap mayat dan laman web Akasia menyatakan: “Kubur berkenaan sudah tamat tempoh dan boleh digunakan lagi.” Sebelum mengambil tindakan itu, pengurusan syarikat melekatkan notis pada batu nisan dan dibiarkan enam bulan sebelum beg hitam itu disarungkan. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.