Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 22 November 2013

Pulau Kecil Muncul Hasil Letusan Gunung Berapi

Letusan gunung berapi di laut telah mewujudkan sebuah pulau kecil di perairan Jepun

Kemunculan pulau tersebut disedari menerusi asap yang menjulang tinggi ke langit

Lokasi pulau itu terletak di sekitar Kepulauan Ogasawara yang terletak 1,000 kilometer ke selatan Tokyo

Bagaimanapun pulau ini tidak akan kekal lama kerana ia akan lenyap disebabkan hakisan


TOKYO - Letusan gunung berapi di laut telah mewujudkan sebuah pulau kecil di perairan Jepun, kata beberapa pegawai semalam. 
Ia merupakan kejadian pertama yang berlaku dalam tempoh beberapa dekad di negara ini. 
Anggota-anggota tentera laut Jepun mengesan pulau tersebut menerusi asap yang menjulang tinggi ke langit di sekitar Kepulauan Ogasawara yang terletak 1,000 kilometer ke selatan Tokyo. 
Pulau itu wujud akibat letusan gunung berapi di laut. 
"Asap masih keluar dari pulau tersebut. Kami mengeluarkan amaran pelayaran bahawa pulau tersebut wujud dari debu yang jatuh di kawasan tersebut," kata seorang jurucakap sebuah agensi maritim Jepun. 
Menurutnya, pulau itu tidak akan kekal lama kerana ia akan lenyap disebabkan hakisan. 
Diameter pulau itu ialah 200 meter. 
Beberapa letusan berapi pada tahun 1970-an dan 1980-an telah mewujudkan beberapa buah pulau kecil di Jepun. 
Namun, sebahagian pulau kecil itu turut lenyap akibat ditengelami laut. - Agensi/Kosmo! Online 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.