|
Dron milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), X-47B kelihatan seperti sebuah piring terbang |
|
Dron X-47B dilancarkan dari kapal pengangkut USS Theodore Roosevelt, di luar pantai Virginia pada hari Ahad |
|
Beberapa anggota tentera melakukan persediaan untuk melancarkan dron X-47B |
|
Dron sebesar sebuah jet pejuang ini dicipta oleh syarikat pertahanan Northrop Grumman |
|
Dron X-47B akan digunakan oleh Tentera Laut AS |
WASHINGTON D.C - Sebuah dron milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), X-47B kelihatan seperti sebuah piring terbang apabila ia terbang di angkasa.
Dron yang bernilai £1 bilion (RM5.11 bilion) itu diuji dalam satu latihan penerbangan yang diadakan di kapal pengangkut pesawat USS Theodore Rosevelt di luar pantai Virginia, AS pada Ahad lalu.
Pesawat tanpa juruterbang itu yang mampu terbang tanpa dikawal radar dicipta sebagai dron untuk kegunaan pada masa depan.
Beberapa komander akan menggunakan komputer untuk mengendalikan pesawat tersebut dalam misi mengintip atau melakukan serangan bom.
Saiz dron itu sebesar sebuah jet pejuang dan dicipta oleh syarikat pertahanan Northrop Grumman. - Agensi/Kosmo! Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.