|
Dr Ted Rummel yang lumpuh separuh badan masih mampu melakukan pembedahan |
|
Dr Rummel melakukan pembedahan dengan menggunakan sebuah kerusi roda khas |
|
Dr Rummel mula lumpuh dari paras pinggang pada tahun 2010 selepas dia menjalani pembedahan |
|
Dr Rummel pernah menganggap, dia tiada lagi kehidupan selepas tidak lagi boleh berjalan setelah menjalani pembedahan |
|
Dr Rummel mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang banyak membantu kehidupannya ketika dia menjadi lumpuh |
|
Dr Rummel tidak mensia-siakan pendidikan dan pengalamannya sebagai doktor bedah walaupun telah menjadi lumpuh |
O'FALLON, Missouri - Seorang doktor bedah, Ted Rummel di Amerika Syarikat yang lumpuh separuh badan telah mencipta keajaiban dengan kembali bertugas melakukan pembedahan di sebuah hospital dengan menggunakan sebuah kerusi roda khas.
Rummel yang merupakan seorang pakar bedah ortopedik, mula lumpuh dari paras pinggang pada tahun 2010 selepas dia menjalani pembedahan.
Dia menjalani pembedahan itu selepas satu ketumbuhan yang wujud pada tulang belakangnya selama 11 bulan itu pecah.
Doktor itu boleh melakukan pembedahan di lutut dan lengan semasa duduk di atas kerusi roda.
Dia juga menggunakan kerusi roda khas ketika melakukan pembedahan bahu pesakit.
Kerusi roda itu boleh ditingkatkan ketinggiannya sehingga doktor itu kelihatan seperti sedang berdiri.
Namun, Rummel pernah menganggap yang dia tiada lagi kehidupan selepas tidak lagi boleh berjalan setelah menjalani pembedahan.
Namun, setahun kemudian, dia membuat keputusan untuk kembali bertugas selepas pembedahan itu.
Keputusan itu dibuat disebabkan jiwanya sebagai seorang doktor bedah yang berdedikasi.
Pembedahan pertama yang dilakukannya itu diawasi oleh seorang lagi doktor bedah.
Kehadiran doktor bedah itu adalah bertujuan untuk memberi pertolongan kepada Rummel jika dia memerlukan bantuan ketika membuat pembedahan.
Namun, Rummel berjaya melakukan pembedahan tersebut.
"Ia merupakan pengalaman yang amat menakjubkan (melakukan pembedahan dengan menggunakan kerusi roda).
"Apabila saya mampu melakukan pembedahan itu, saya kembali medapatkan kehidupan saya semula. Ia sungguh istimewa," katanya kepada akhbar Enquirer baru-baru ini.
Rummel juga mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang banyak membantu dalam kehidupannya ketika dia menjadi lumpuh. - Agensi/Kosmo! Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.