Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 21 November 2013

Pasangan Maut Proton Exora Langgar Tembok

Mayat Sharil diangkat untuk dibawa ke hospital. Foto: myMetro

Anggota bomba memeriksa MPV yang dinaiki Sharil bersama isterinya. Foto: myMetro


LEDANG - Sepasang suami isteri maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dinaiki mereka terbabas di Kilometer 9.5 Lebuhraya Ayer Keroh, Melaka, Jasin (AMJ), Kesang dekat sini, petang semalam. 
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang juga seorang juruteknik, Sharil Yusuf, 42, dari Kampung Batu 5, Tanjung Gading, dekat sini, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. 
Manakala isterinya yang memandu kenderaan itu, Roslina Mahmud, 40, meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar ketika mendapatkan rawatan kecemasan kira-kira sejam kemudian. 
Difahamkan, ketika kejadian, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari Melaka ke rumah mereka yang hanya kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. Roslina dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas lalu merempuh tembok konkrit parit di simpang Kampung Parit Fajar, lebuh raya itu. 
Adik Sharil, Idris 30-an berkata, Roslina ke Melaka untuk mengambil Sharil yang habis bekerja. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.