Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 24 November 2013

Pesakit Mati Sebab Tak Jumpa Kunci Ambulans

Perkhidmatan Ambulans East Midlands kurang cekap menyebabkan pesakit yang menggunakan khidmat mereka maut 

Lapan kejadian serius dalam tempoh tiga hari berlaku disebabkan kelemahan Perkhidmatan Ambulans East Midlands


Seorang pesakit berusia 87 tahun meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas paramedik tidak dapat mencari kunci untuk menghidupkan ambulans mereka. 
Kes ini merupakan satu daripada lapan kejadian serius dalam tempoh tiga hari yang berlaku kepada Perkhidmatan Ambulans East Midlands, salah satu perkhidmatan ambulans paling teruk. 
Lelaki itu berada di pavilion golf di Derbyshire apabila dia menghadapi serangan jantung dan, walaupun menerima 'sokongan hayat terbaru', beliau kemudiannya meninggal dunia. 
Satu lagi kejadian ialah seorang pesakit berusia 41 tahun yang mengalami sakit dada yang mempunyai serangan jantung semasa dalam perjalanan ke hospital, meninggal dunia berikutan keputusan seorang paramedik solo untuk memandu ambulans seorang diri tanpa bantuan. 
Berikutan kejadian tersebut, pihak pentadbiran mengambil tindakan untuk membangunkan pelan pemulihan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.