|
Dua sahabat baik maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori. Foto: myMetro |
|
Kanayan dan Raman maut dalam kemalangan di Batu 12, Jalan Kuantan - Gambang, semalam. Foto: Berita Harian |
KUANTAN - Dua sahabat baik maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Batu 12, Jalan Kuantan-Gambang, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, kereta jenis PROTON Saga yang dinaiki mangsa itu datang dari arah Gambang menghala ke pusat bandar, dikatakan terbabas ketika tiba di lokasi kejadian.
Pegawai Penguat Kuasa Tadbir dan Trafik negeri, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, kereta yang gagal dikawal dan memasuki laluan bertentangan itu kemudian bertembung dengan sebuah lori.
“Akibat perlanggaran itu, pemandu PROTON Saga, M Kanayan, 36, dari Jalan Bukit Setongkol, disahkan mati di tempat kejadian, manakala penumpangnya, R Raman, 54, dari Kampung Gudang Rasau, disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan.
“Kedua-dua mangsa bekerja sebagai buruh penurapan jalan. Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kita meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu melengkapkan siasatan kes kemalangan ini,” katanya. - Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.