Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 20 November 2013

Wanita Bogel Mengaku Dewi Kereta Api

Seorang wanita menggemparkan penumpang kereta api komuter kerana berbogel

Dia mengisytiharkan dirinya sebagai Dewi Kereta Api dan merancang mengambil alih komuter

Wanita ini kemudian dibawa ke Hospital St Francis, Evanston untuk pemeriksaan kesihatan


CHICAGO - Seorang wanita menggemparkan penumpang kereta api komuter bandar ini apabila berbogel ketika menggunakan perkhidmatan awam itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai Dewi Kereta Api dan merancang mengambil alih komuter itu. 
Wanita yang tidak dikenali dan tidak berpakaian langsung itu muncul di Stesen Granville di Landasan Merah Chicago, laluan paling sibuk diurus Agensi Transit Chicago. 
Dia kemudian menampar beberapa penumpang komuter sebelum berjalan ke gerabak paling depan dengan niat untuk memandu kereta api itu. 
Menurut saksi, wanita berusia 31 tahun itu mengarahkan semua penumpang turun menyebabkan perjalanan tertangguh 15 hingga 30 minit. 
Polis tiba di stesen itu pada 12:45 tengah hari dan mengiringi wanita itu keluar daripada komuter. 
Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital St Francis, Evanston untuk dinilai pakar perubatan. 
Jurucakap polis mendakwa wanita itu mengalami masalah mental, tetapi tidak menyatakan secara spesifik penyakit yang dihidapinya.- Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.