Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 16 November 2013

Helikopter Terhempas Dua Juruterbang Terbunuh

Dua juruterbang terbunuh apabila helikopter mereka terhempas dan merempuh bangunan pangsapuri

Tingkap-tingkap di bangunan pangsapuri ini rosak dilibas kipas helikopter

Seorang anggota pasukan Crime Scene Investigation (CSI) menyiasat bangkai helikopter

Seorang pegawai enggan menyatakan sama ada kemalangan ini ada kaitan dengan kabus tebal

Seorang juruterbang mati di tempat kejadian dan yang seorang lagi mati di hospital

SEOUL - Sebuah helikopter terhempas di daerah Gangnam di bandar raya ini semalam, menyebabkan dua juruterbangnya terbunuh. 
Kejadian berlaku selepas kipas pesawat berkenaan terkena bahagian tepi sebuah apartmen mewah 38 tingkat. 
Anggota bomba Cha Yang-oh memberitahu wartawan, helikopter milik syarikat LG itu jatuh di daerah Gangnam di tenggara Seoul ketika dalam penerbangan untuk mengangkut kakitangan syarikat sebelum berlepas ke sebuah bandar di selatan negara itu. 
Menurut Cha, juruterbang Park In-kyu, 57 terselamat tetapi kemudian mati di hospital. 
Pembantunya berusia 36 tahun mati di tempat kejadian. 
Tidak ada penduduk apartmen itu, antara yang paling mahal di Korea cedera dalam nahas itu. 
“Saya terdengar bunyi amat kuat ketika tidur. Saya meluru keluar. Bunyi letupan itu seperti letupan bom dalam peperangan,” kata seorang penghuni, Jeong Young-woo, 54. 
Rakaman televisyen menunjukkan tingkap apartmen bahagian atas bangunan itu berkecai sementara helikopter berkenaan berkecai kecuali ekornya. 
Menurut Cha, kawasan berkenaan berkabus ketika kejadian. Dia bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada kabus tebal menjadi punca kemalangan. 
Gangnam ialah daerah ranggi di Korea dan menjadi terkenal kerana lagu ‘Gangnam Style’ yang dinyanyikan raper Korea Psy. - Kosmo! Online


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.