|
Pengangguran boleh menyebabkan masalah sosial. Imej: Google |
|
11.9.2012: Penganggur mengaku salah mahu cederakan pesakit. Foto: Sinar Harian |
|
28.3.2013: Penganggur dituduh cabul anak tiri. Foto: Sinar Harian |
|
29.3.2013: Penganggur dituduh bakar motosikal. Foto: Sinar Harian |
|
24.4.2013: Penganggur dituduh membunuh. Foto: Sinar Harian |
|
27.8.2013: Penganggur dihukum penjara kerana milik dadah. Foto: Sinar Harian |
|
9.9.2013: Penganggur dituduh edar dadah. Foto: Sinar Harian |
|
28.10.2013: Penganggur dituduh miliki dadah. Foto: Sinar Harian |
KUALA LUMPUR 11 Nov. - Jumlah penganggur di negara ini sehingga Jun lalu adalah sebanyak 375,401 orang dengan 56 peratus daripadanya merupakan siswazah.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, jumlah siswazah yang menganggur adalah sebanyak 210,263 orang manakala golongan bukan siswazah adalah 165,139 orang (44 peratus).
"Pada masa ini, kementerian mengumpulkan data berhubung graduan menganggur melalui portal JobsMalaysia dan portal ini juga berperanan memadankan pencari kerja dengan kekosongan jawatan yang diiklankan," katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) berhubung jumlah penganggur di negara ini dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Ismail, kementeriannya menerusi Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (Ilmia) sedang membina Sistem Pangkalan Gudang Maklumat Pasaran Buruh (LMIDW) yang dijangka siap Disember ini.
Katanya, sistem berkenaan akan menyimpan maklumat pasaran buruh secara komprehensif selain berciri interaktif.
"Sistem ini dibangunkan secara perkongsian pintar dengan Jabatan Perangkaan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Tenaga Kerja dan JobsMalaysia.
"Sistem ini akan menyimpan dan mempersembahkan petunjuk-petunjuk utama pasaran buruh termasuk jumlah penyertaan tenaga kerja, pekerjaan mengikut sektor dan jumlah penganggur," katanya. - Utusan Malaysia 12.11.2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.