Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 13 November 2013

Pilu: Mangsa Taufan Haiyan Serbu Pesawat Tentera

Mangsa Taufan Haiyan serbu dua buah pesawat C-130 milik tentera Filipina

Beribu-ribu penduduk Tacloban berebut-rebut hendak menaiki pesawat yang ditugaskan memindahkan mangsa taufan

Di celah-celah kesesakan manusia, seorang kanak-kanak tenang berdiri di belakang tentera yang berkawal

Seorang ibu bersama anaknya cuba untuk menaiki pesawat penyelamat

Warga tua, ibu dan kanak-kanak adalah di antara yang beratur panjang untuk menaiki pesawat

Seorang ibu menangis selepas keluarganya gagal menaiki pesawat penyelamat

Seorang wanita menangis apabila tentera menghalang orang ramai mendekati pesawat

Seorang ibu bersama bayinya yang cedera adalah di antara mereka yang dibenarkan menaiki pesawat

Sebahagian penduduk menunggu pesawat dalam bangunan terminal yang dibanjiri air

Pasangan warga emas ini adalah di antara mangsa yang tidak berpeluang menaiki pesawat

Seorang askar mendukung kanak-kanak yang menangis menaiki pesawat

Ibu-ibu ini mendukung bayi dan anak mereka dengan harapan mereka terpilih menaiki pesawat

Mayat mangsa taufan yang belum dikebumikan

Seorang kanak-kanak menyorong troli berdekatan keranda mangsa taufan yang belum dikebumikan


TACLOBAN - Lebih 3,000 mangsa Taufan Haiyan semalam menyerbu dua buah pesawat C-130 milik tentera Filipina yang mendarat di sebuah lapangan terbang yang musnah di sini akibat bencana alam itu. 
Pesawat itu dihantar untuk menyelamatkan mangsa-mangsa taufan tersebut selepas banyak rumah dan bangunan musnah dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu. 
Kesemua mangsa itu berharap mereka akan dapat keluar dari kawasan bencana tersebut secepat mungkin kerana tidak sanggup menanggung penderitaan. 
Bagaimanapun, hanya ratusan orang sahaja yang dibenarkan untuk menaiki pesawat tersebut untuk dibawa ke pusat perlindungan. 
Beberapa anggota tentera turut menghalang mangsa-mangsa lain daripada memasuki pesawat yang telah penuh dengan penumpang itu. 
Menurut salah seorang mangsa yang terselamat, kebanyakan daripada mereka berada dalam keadaan kelaparan kerana kekurangan bekalan makanan. 
"Saya merayu kepada pihak tentera untuk membawa saya keluar dari sini kerana saya turut menghidap penyakit kencing manis," kata seorang mangsa, Helen Cordial. 
Seorang warga emas, Aristone Balute, 81, turut merayu kepada pihak tentera supaya dia dapat dibawa berpindah ke tempat lain. 
"Adakah mereka mahu melihat kami semua mati di lapangan terbang ini? Kami tidak makan dan keadaan menjadi lebih buruk kerana ketiadaan bekalan makanan," katanya. 
Bandar ini terletak dalam wilayah Leyte di Kepulauan Visayas. 
Menurut seorang jurucakap Jabatan Pertahanan di Washington, bantuan daripada pihak tentera udara AS dijangka tiba esok untuk memberikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa. 
Sebuah kapal bersaiz besar dilengkapi dengan helikopter yang mampu membawa sehingga satu tan air akan dihantar kepada mangsa-mangsa Haiyan. 
Bantuan juga diberikan untuk membawa mangsa-mangsa yang cedera mendapatkan rawatan sama seperti bantuan yang diberikan ketika bencana tsunami pada tahun 2004. 
Kerajaan AS turut memberikan sumbangan kewangan sebanyak AS$20 juta (RM63.9 juta). 
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ia akan memperuntukkan sebanyak AS$25 juta (RM80.3 juta) bagi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa taufan itu. 
Bantuan PBB itu meliputi keperluan makanan, bekalan air bersih, ubat- ubatan, isi rumah dan keperluan asas lain. 
Hampir 10 juta penduduk terjejas akibat taufan tersebut yang melanda kawasan tengah Filipina. - Agensi/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.