|
Beg yang cuba diragut oleh penjenayah daripada Jamariah Ahir, 64, tidak mengandungi wang. Foto: myMetro |
|
Norain berkata, beg ibunya hanya berisi bekas makanan, tisu, bedak dan gincu. Foto: Berita Harian |
|
Ibu Norain meninggal dunia Jumaat lalu selepas dua peragut menendang motosikal ditunggangnya. Foto: says.com |
|
Norain ditenangkan oleh ahli keluarganya selepas kejadian itu. Foto: Iqmal Haqim Rosman |
|
Jamariah Ahir, 64, ibu Norain |
SEREMBAN - “Hanya satu soalan saya kepada peragut kejam itu, adakah mereka berpuas hati menyebabkan ibu saya meninggal dunia?“ kata jururawat, Norain Md Yusof, 23, anak kepada seorang warga emas, Jamariah Ahir, 64, yang maut apabila diragut dua lelaki bermotosikal di Jalan Tuan Haji Said, di sini, Jumaat lalu.
Norain yang turut cedera ringan akibat terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya berkata, lebih dikesalkan kerana beg yang cuba diragut oleh penjenayah durjana itu tidak mengandungi wang dan barang berharga.
“Dalam beg itu hanya ada tisu, alat solek dan bekas makanan yang dibawa ibu ke tempat kerja di sebuah bank di Jalan Dato Bandar Tunggal, di sini.
“Malah, jika betul mereka (peragut) mahukan duit, sepatutnya hanya menyuruh saya berhentikan motosikal, bukan cara meragut hingga saya kehilangan orang tersayang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Tengku Kursiah, di sini, semalam. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.