Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 19 November 2013

Wanita Mengaku Pembunuh Bersiri

Seorang wanita menyebabkan seluruh dewan mahkamah tergamam apabila mengaku sebagai pembunuh

Joanna Dennehy mengaku membunuh tiga lelaki

Mangsa pertama Kevin Lee, 48

Mayat Lee ditemui di dalam longkang di Newborough, Cambridgeshire

Dua mangsa lain, Lukasz Slaboszewski, 31

dan John Chapman, 56

Mayat Lukasz Slaboszewski dan John Chapman ditemui di Thorney Dyke

Teman lelaki Joana, Gary Stretch, 57, menafikan terbabit membantu membuang mayat


LONDON - Seorang wanita menyebabkan seluruh dewan mahkamah tergamam apabila mengaku bersalah membunuh tiga lelaki dan membuang mayat mangsa ke dalam longkang. 
Joanna Dennehy mengaku membunuh Kevin Lee, 48, Lukasz Slaboszewski, 31, dan John Chapman, 56, yang ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman antara Mac hingga April di Cambridgeshire. 
Joanna, 31, dari Peterborough turut mengaku salah cuba membunuh dua lelaki, Robin Bereza dan John Rogers. 
Mayat pengusaha pembangunan hartanah, Lee ditemui di dalam longkang di Newborough, Cambridgeshire pada 30 Mac dan dua lagi mayat mangsanya ditemui di Thorney Dyke. 
Pengakuannya mengejutkan peguam bela Nigel Lickley QC yang berkata: “Saya tidak jangka dia akan membuat pengakuan ini. Kami perlukan sedikit masa untuk menilai apa yang sudah berlaku.” 
Joanna yang duduk di kerusi tertuduh enggan bercakap dengan sesiapa. 
“Saya mengaku bersalah, kes ditutup,” katanya. 
Dia turut mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan menghalang pengebumian rasmi terhadap tiga mangsanya. 
Kekasihnya yang memiliki ketinggian 2.17 meter, Gary Stretch, 57, menafikan terbabit terhadap dua cubaan membunuh dan membantu Joanna membuang mayat mangsa. 
Leslie Layton, 47, dan Robert Moore, 55, sebelum ini turut menafikan membantu melenyapkan bukti pembunuhan dan menyembunyikan Stretch dan Joanna ketika mereka diburu polis.- Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Komen

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.