Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 25 November 2013

Kanak-kanak Diculik Lepaskan Diri

Mohd Rahimy Mohd Noor, 6, diculik ketika bermain di luar rumahnya di Flat Sri Pahang, di Bangsar. Foto: NST

Mohd Rahimy kemudian dibawa menaiki tren dari Stesen LRT Bangsar. Foto: Wikipedia

Mohd Rahimy berlari keluar apabila tren berhenti dan pintunya terbuka di Stesen LRT Taman Melati. Foto: Wikipedia

Mohd Rahimy kemudian dibawa polis ke Balai Polis Wangsa Maju. Foto: NST


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang diculik ketika bermain di luar rumahnya di Flat Sri Pahang, di Bangsar dan dibawa menaiki LRT, telah melarikan diri dengan berlari keluar dari tren itu di stesen LRT Taman Melati petang ini. 
Mohd Rahimy Mohd Noor ketika menceritakan pengalamannya yang menakutkan berkata, dia sedang bermain dengan rakan-rakan di kawasan kejiranannya pada tengah hari apabila seorang lelaki yang memakai topeng muka dan memakai T-shirt hitam, menarik tangannya. 
Dia mendakwa lelaki itu membawanya ke stesen LRT Bangsar yang berdekatan dan membawanya menaiki tren. 
Kanak-kanak lelaki itu berkata dia terlalu takut melihat lelaki itu tetapi memutuskan untuk cuba melarikan diri apabila pintu tren dibuka di stesen LRT Taman Melati. 
Mohd Rahimy berkata, berlari keluar dari tren itu dan meminta bantuan daripada polis bantuan yang bertugas di stesen tersebut. 
"Saya pada mulanya bimbang lelaki itu akan mencederakan saya. Kami melintasi beberapa stesen sebelum saya membuat keputusan untuk mencuba dan melarikan diri daripada orang itu. 
"Apabila pintu tren dibuka di stesen ini, saya dengan pantas berlari keluar dari tren," katanya. 
Polis kemudian membawa Mohd Rahimy ke balai polis Wangsa Maju. 
Bapa kanak-kanak itu, seorang pegawai polis bantuan, telah dimaklumkan tentang anaknya selepas beliau membuat laporan polis di Balai Polis Travers. 
Ketua Polis Brickfields Penolong Pesuruhjaya Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan laporan itu. - NST


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.