Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 14 November 2013

Bila Penampilan Duta Mengatasi Penampilan Ratu

Narkhuu Tulga, Duta Mongolia telah menyampaikan surat tauliah beliau kepada Ratu di Istana Buckingham

Beliau menyerahkan surat tauliahnya dengan penampilan istimewa


Selalunya baginda Ratu menjadi orang yang paling bergaya dalam majlis rasmi seperti ini.
Tetapi apabila duta Mongolia mengadap baginda hari ini, keadaan nampak berlainan. 
Tulga Narkhuu diterima mengadap Ratu seperti lazimnya duta atau pesuruhjaya tinggi yang baru tiba untuk memulakan tugas di ibu negara Britain ini. 
Beliau menyerahkan surat tauliahnya kepada Ratu dengan mengenakan pakaian tradisional berwarna biru.
Duta Mongolia itu memakai baju luar tradisi Mongolia lengkap dengan topi yang sepadan dengan but kulit. Akhbar Daily Mail menyifatkan pakaian duta tersebut mengatasi penampilan baginda Ratu. 
Narkhuu mendapat pendidikan di Moscow State Institute of International Relations dan fasih dalam bahasa Inggeris, Rusia dan Cina. 
Sebelum menjadi duta Mongolia ke Britain pada bulan Jun lalu, beliau pernah berkhidmat di China, Singapura dan Amerika Syarikat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.