Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 17 November 2013

Mujur Suaminya Bertindak Pantas

Wanita berkenaan melompat secara tiba-tiba dari balkoni selepas berlaku pertengkaran kecil dengan suaminya

Nasib baik suaminya sempat memaut salah satu kakinya

Selepas itu anggota bomba dipanggil untuk membantu menyelamatkan wanita ini

Wanita berkenaan dikelilingi ahli keluarga dan pasukan kecemasan selepas berjaya diselamatkan

BEIJING - Tindakan pantas seorang suami berjaya menyelamatkan isterinya yang cuba terjun dari balkoni tingkat empat sebuah apartmen di Changjiang, selatan Pulau Hainan. 
Menurut lelaki itu, isterinya melompat secara tiba-tiba dari balkoni selepas berlaku pertengkaran kecil. 
"Saya sempat memaut salah satu kakinya hingga menyebabkan dia berada dalam keadaan tergantung kira-kira 10 minit sebelum bantuan tiba. Mujur dia tidak meronta ketika itu," katanya dalam laporan DailyMail. 
Detik cemas tersebut berakhir selepas wanita itu diselamatkan anggota bomba dan penyelamat. 
Wanita itu kemudiannya dihantar ke hospital untuk rawatan. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.