Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 25 November 2013

Ribut Salji Di Barat Daya AS

Salji yang melanda New Mexico menyebabkan jalan raya licin

Keadaan di sebatang jalan raya yang dilanda salji di Wrightwood

Sebanyak 50 hingga 60 kereta terkandas di Nevada Lincoln County

Berlaku beratus-ratus kemalangan jalan raya di kawasan salji tebal


CHICAGO - Sekurang-kurangnya 13 terbunuh apabila ribut salji melanda barat daya Amerika Syarikat, hari ini. 
Ribut itu dijangka berterusan selama beberapa hari akan datang, ketika berpuluh juta pelancong dijangka akan keluar bercuti menjelang Hari Kesyukuran pada Khamis ini. 
Imej dari wilayah yang dilanda ribut menunjukkan lapisan tebal ais menutupi sebahagian besar jalan dan kaki lima. 
Menurut laman web kaji cuaca Accuweather.com, ribut diramalkan menuju ke pergunungan Appalachian dan New England, di timur laut, pada Rabu ini. - AFP /Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.