Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 27 November 2013

Salahguna Alat PlayStation4

Pada mulanya lelaki ini menggunakan alat PlayStation4 menyiarkan imej isterinya sedang mabuk di ruang tamu

Lelaki ini kemudian cuba membuka baju isterinya

Melalui imej yang disiarkan, lelaki terbabit mendedahkan payudara isterinya

Kira-kira 15 minit kemudian skrin kelihatan gelap seketika sebelum kembali terang dan menunjukkan wanita ini tanpa pakaian

PlayStation4 dilancarkan di AS pada 15 November lalu dan dijual pada harga AS$400 (RM1,288) seunit


LONDON - Seorang pemilik PlayStation4 dikecam apabila dia menggunakan kemudahan video secara langsung pada permainan itu untuk mengaibkan isterinya sendiri dengan menyiarkan imej wanita terbabit berbogel dalam keadaan mabuk di ruang tamu rumah mereka. 
Melalui imej disiarkan itu, lelaki terbabit dilihat mendedahkan payudara isterinya ketika wanita terbabit tidur di sofa. 
Kira-kira 15 minit kemudian skrin kelihatan gelap seketika sebelum kembali terang. 
Ketika itu wanita terbabit kelihatan masih tidur di sofa tetapi tanpa dilindungi seurat benang. 
PlayStation4 yang dilancarkan minggu lalu dilengkapi kemudahan baru bergelar “Playroom” yang membolehkan pengguna menyiarkan video secara langsung melalui perkhidmatan bergelar Twitch TV. 
PlayStation4 dilancarkan di AS pada 15 November lalu dan dijual pada harga AS$400 (RM1,288) seunit. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.