Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 9 November 2013

Fitnah Lebih Kejam Daripada Membunuh

Register terharu dibebaskan selepas 34 tahun dihukum penjara atas tuduhan membunuh berdasarkan keterangan bohong

Ibu Register yang sudah tua menangis mendengar perintah pembebasan anaknya



LOS ANGELES - Seorang lelaki yang dipenjara kerana dituduh membunuh akan dibebaskan selepas 34 tahun kerana kakak kepada saksi tunggal berkata, keterangan saksi itu adalah satu pembohongan. 
Brenda Anderson memberi keterangan pada tahun 1979 bahawa Kash Delano Register, 53, telah menembak mati jiran tuanya, Jack Sasson rumahnya di West Los Angeles. 
Tetapi selepas tiga dekad, Sharon kakak kepada Brenda berkata, keterangan tersebut adalah bohong. 
Semalam Hakim Mahkamah Superior Los Angeles County membatalkan sabitan pembunuhan itu. 
Brenda Anderson, memberitahu polis dia melihat Register menembak Sasson dari tingkap, lapor LA Times. 
Register dibebaskan selepas seorang lagi adik beradik Brenda, Sheila Vanderkam, menaip nama Register ke laman web carian banduan pada tahun 2011 dan terkejut dia masih berada dalam penjara kerana sebahagian daripada testimoni kakaknya . 
Beliau mencari peguam Register dan memberitahu bahawa testimoni kakaknya adalah tidak benar, sesuatu yang dia dan Sharon Anderson telah cuba untuk beritahu kepada polis pada tahun 1979. 
Menurut Vanderkam, semasa tembakan, kakak-kakaknya baru sahaja menyembunyikan pakej produk Avon yang mereka curi dari jiran tersebut. 
Sharon Anderson berkata mereka mendengar tembakan, tetapi mereka tidak dapat melihat dengan jelas penembak itu kerana mereka terlalu jauh. 
Berdasarkan dokumen mahkamah semasa perbicaraan, tiada satu daripada tujuh cap jari yang ditemui pada kereta Sasson sepadan dengan Register. 
Polis tidak pernah menemui senjata pembunuh. 
Vanderkam yang bertugas di Jabatan Polis Los Angeles adalah detektif penyiasat dan mendakwa dia cuba untuk memberitahu salah seorang daripada detektif di jabatan itu yang Brenda Anderson telah berbohong . 
"Detektif itu meletakkan jari ke mulutnya (seperti bunyi mendiamkan ) dan hanya merenung saya," Vanderkam berkatanya dalam pengakuannya. 
Kakaknya, Sharon juga memberitahu polis bahawa mereka silap dan dia tidak mengalah walaupun polis mengugut untuk menahannya kerana mencuri pakej Avon. 
Tetapi polis dan pendakwa raya tidak pernah mendedahkan apa yang Sharon Anderson katakan kepada pihak pembelaan, kata peguam Register. Sharon tidak dipanggil memberi keterangan semasa perbicaraan. 
Register yang tidak mengaku salah semasa perbicaraan parol, meletakkan kepalanya di atas meja semasa perintah dikeluarkan manakala ibunya menangis.


Tiada ulasan:

Catat Komen

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.