Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 27 November 2013

Pasang Perangkap Minyak

Longkang yang dicemari sisa minyak masak nampak kotor dan berbau. Foto: KP

Setiap restoran atau gerai makanan sepatutnya memasang perangkap minyak seperti ini. Foto: KP

Pemasangan perangkap minyak tidaklah terlalu sukar. Foto: KP

Fungsi: Untuk memerangkap minyak masak. Foto: KP

Cara penyelenggaran: Minyak dipungut. Foto: KP

Manfaat: Air yang bebas daripada minyak masak dilepaskan ke longkang. Foto: KP

Pembinaan perangkap minyak jenis berpusat. Foto: KP

Perangkap minyak berpusat untuk premis makanan yang besarFoto: KP


KUALA LUMPUR - Semua pengusaha makanan termasuk gerai, medan selera dan restoran dilarang memasak di dalam premis masing-masing jika tidak mempunyai perangkap minyak pada longkang, berkuat kuasa 1 Januari ini. 
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perangkap minyak itu perlu dilakukan dalam usaha menjaga alam sekitar termasuk memastikan aliran itu tidak terus masuk ke dalam sungai. 
“Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk kerja pembersihan Sungai Klang di bawah projek River Of Life (ROL). 
“Saya melihat hasil pembuangan bahan dari premis perusahaan makanan yang tidak ditapis ini menyebabkan usaha serta pelaburan yang banyak dibuat bagi membersihkan sungai menjadi sia-sia. 
“Selain itu, sisa minyak dan lemak dari premis makanan terkumpul pada saluran paip dan longkang juga menyumbang kepada gangguan aliran sungai. 
“Justeru, bermula tahun depan, mana-mana pengusaha makanan yang gagal menyediakan perangkap minyak di premis masing-masing akan dilarang melakukan kerja memasak di premis selain turut berdepan dengan tindakan undang-undang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) termasuk penarikan lesen dan premis mereka ditutup,” katanya kepada media di sini semalam. 
Terdahulu beliau mempengerusikan Majlis Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan (MPPPKWP) peringkat pusat yang turut diwakili beberapa persatuan penjaja dan peniaga kecil sekitar Wilayah Persekutuan termasuk Labuan dan Putrajaya. 
Adnan berkata, semua kos pemasangan perangkap minyak itu perlu ditanggung pemilik premis sepenuhnya. 
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, DBKL hanya akan menanggung kos pemasangan perangkap minyak di premis makanan milik DBKL. 
“Bagaimanapun saya akan mengkaji semula terutamanya membabitkan aspek pengurusan sisa minyak dan lemak yang berjaya dikumpul oleh pengusaha premis makanan. 
“Ia akan membabitkan kerjasama dengan Alam Flora Sdn Bhd dan syarikat swasta untuk menguruskan sisa buangan termasuk memprosesnya menjadi produk lain termasuk kosmetik dan sabun,” katanya. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Komen

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.