|
Ketibaan Barack Obama bersama keluarga |
|
Obama melangkah masuk ke tempat upacara |
|
Majlis dimulakan dengan Joe Biden mengangkat sumpah jawatan Naib Presiden |
|
Obama mengambil giliran mengangkat sumpah jawatan Presiden AS |
|
Presiden Obama menyampaikan ucapan perlantikan |
|
Berucap dari pentas khas |
|
Pentas untuk para tetamu khas yang menyaksikan upacara perlantikan presiden di luar bangunan Capitol |
|
Ketibaan bekas Presiden Jimmy Carter dan isteri |
|
Ketibaan bekas Presiden Clinton dan isteri |
|
Presiden Obama dan Wanita Pertama berjalan dalam perarakan pulang dari Capitol Hill ke White House |
|
Sebahagian rakyat AS yang datang untuk menyaksikan upacara bersejarah negara mereka |
|
Pemandangan perarakan dari Capitol Hill ke White House |
|
Sebahagian lagi rakyat yang turut bergembira dengan upacara perlantikan presiden |
|
Pemandangan lautan manusia pada upacara berkenaan |
WASHINGTON - Barack Obama dengan rasmi dilantik semula untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) di hadapan ratusan ribu rakyat yang memenuhi the National Mall, di Washington.
Obama sekali lagi mengangkat sumpah jawatan dengan lancar di hadapan Ketua Hakim Negara AS, John Roberts.
Pada upacara angkat sumpah kali ini, Obama menggunakan dua kitab Bible Martin Luther King Jr dan Bible yang digunakan oleh Abraham Lincoln semasa mengangkat sumpah jawatan presiden.
Sebelum itu, Naib Presiden Joe Biden juga mengangkat sumpah untuk penggal kedua, buat kali kedua di hadapan Hakim Sonia Sotomayor. Sama seperti Obama, Biden juga melafazkan sumpah dengan lancar.
Upacara Perlantikan yang berlangsung pada pagi Isnin waktu setempat, bersamaan dengan hari ulang tahun Martin Luther King Jr. Obama menggunakan Bible milik King, karana menghormati perjuangannya membela hak asasi manunsia.
Setelah upacara angkat sumpah di Capitol Hill, Obama berarak pulang ke White House. Semasa perarakan, beribu-ribu orang berdiri di kiri kanan laluan untuk melihat Obama yang menantinya sejak pagi. - Mail Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.