Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 18 Januari 2013

Lelaki Tersangkut Di Pokok Kelapa Hingga Malam

Anggota bomba menyelamatkan Hafiz. Foto: Berita Harian


PASIR PUTEH - Penduduk kampung mengenalinya sebagai pemanjat pokok yang cekap, namun kelmarin Mohd Hafiz Che Yusoff, 30, ‘tersangkut’ hampir empat jam atas pokok kelapa di Kampung Padang Pak Omar, Selising, dekat sini. 
Lelaki itu yang bekerja sebagai buruh, berkata dia memanjat pokok kelapa setinggi tiga tingkat bangunan itu kerana mahu mengambil buahnya jam 6 petang, namun gagal turun dari pokok itu.

“Ketika di atas pokok, pandangan saya jadi gelap seketika, saya dapat rasa pokok itu terlalu tinggi, selain buah kelapa muda yang digugurkan sebelum itu kelihatan sebesar biji saga,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian sebaik berjaya dibawa turun sepasukan anggota bomba. 
Katanya, dia hanya berdoa supaya terselamat dalam kejadian itu, selain berharap ada penduduk melalui kawasan itu. 
Ketua Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaaharuddin Yahya, berkata sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 9.01 malam. - Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.