Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 26 Januari 2013

Nenek Tua Bangun Semasa Di Kebumikan

Sebuah perkampungan di Lianjiang. Foto: trypadvisor.com

Lokasi Lianjiang. Sumber: google

Keranda (Gambar hiasan). Foto: teraju.foto.pages.com



BEIJING - Seorang nenek berusia 101 tahun yang sudah disahkan meninggal dunia telah terbangun semasa dikebumikan. 
Kejadian berkenaan amat mengejutkan ahli keluarganya yang menghadiri pengkebumian itu. 
Peng Xiuhua, janda tua dari bandar Lianjiang, sudah terbaring di tempat tidurnya selama hampir dua minggu. 
Bagaimanapun, salah seorang anak perempuan Peng mendapati ibunya sudah tidak bernafas. Dia menyangka ibunya telah meninggal dunia. 
Keesokan harinya, keluarga Peng berkumpul untuk menghadiri pengkebumian perempuan tua itu.
Namun setelah tubuh Peng dimandikan dan dimasukkan ke dalam keranda, Peng telah terbangun dan membuka matanya. 
Kejadian berkenaan telah mengejutkan penduduk kampung yang berada di majlis tersebut. 
Pengkebumian tersebut telah dibatalkan dan digantikan dengan pesta dengan hidangan juadah makanan yang disediakan untuk pengkebumian perempuan tua itu. - IBN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.