Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 25 Januari 2013

Wakil Rakyat Terlibat Salah Laku Seks Disiasat

Bangunan Parlimen Bolivia. Foto: breitbart.com

Anggota Parlimen sedang bersidang. Foto: newsinfo.inquirer.net

Imej dari rakaman CCTV. Foto: prensalibre.com

Domingo Alcibia dituduh terlibat salah laku seksual. Foto: beaumontenteprise.com


LA PAZ, Bolivia – Beberapa kumpulan hak asasi wanita menuntut supaya satu siasatan serangan seksual dijalankan ke atas seorang wakil rakyat selepas satu rakaman kamera keselamatan mendedahkan beliau memaksa seorang penjaga bangunan yang mabuk melakukan hubungan seks. 
Wakil rakyat itu, Domingo Alcibia telah ditahan pada Selasa lalu iaitu seminggu selepas insiden tersebut berlaku. 
Pihak pendakwa raya berkata, Alcibia akan didakwa kerana menyalahgunakan kuasa dan bukan kerana merogol wanita berkenaan disebabkan tiada laporan dibuat berhubung kejadian jenayah tersebut. 
“Kami mendesak supaya pejabat pendakwa raya menyiasat insiden itu dan sekiranya perlu, kami akan menjadi orang yang akan memfailkan aduan rogol,” kata jurucakap Pusat Maklumat dan Pembangunan Wanita, Patricia Branez kelmarin. – AP / Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.