|
Presiden Andrew Johnson, Presiden AS Ke-17 (1865 - 1869). Foto: Wikipedia |
|
Presiden William Henry Harrison, Presiden AS Ke9 (1841). Foto: linkrandom.blogspot |
|
Presiden James Buchanan, Prseiden AS Ke-15 (1857 - 1861). Foto: dipity.com |
|
Presiden AS sekarang, Barack Obama. Foto: aftaelton.com |
WASHINGTON - Upacara perlantikan Presiden Amerika Syarikat (AS) tidak semestinya meriah dengan pesta dan perarakan. Berdasarkan sejarah, ada ketikanya upacara tersebut dicemari oleh kekacauan dan rusuhan.
Contohnya, upacara perlantikan Presiden Andrew Johnson pada tahun 1829 yang sepatutnya berlangsung dengan meriah, telah bertukar menjadi rusuhan kerana hadirin ketika itu minum terlalu banyak minuman keras.
Sejarah mencatatkan hadirin yang mabuk telah merosakkan barang-barang yang terdapat di White House. Presiden Andrew Johnson sendiri terpaksa menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap.
Pihak panitia upacara kemudian mengumpulkan minuman keras di kawasan lapang di hadapan White House untuk menarik perhatian mereka yang mabuk supaya keluar dari bangunan berkenaan.
Namun nasib Presiden Andrew Johnson jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Presiden William Henry Harrison. Presiden Harrison dikatakan meninggal dunia akibat mengidap penyakit pneumonia selepas menyampaikan pidato yang panjang, semasa upacara perlantikannya pada tahun 1841.
Upacara tersebut dilangsungkan ketika musim salji yang lebat dan dia dikatakan tidak memakai baju tebal semasa upacara tersebut. Selepas upacara itu, Presiden Harrison telah jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia sebulan selepas itu.
Namun peristiwa paling sedih yang berlaku semasa upacara perlantikan Presiden AS ialah semasa perlantikan Presiden James Buchanan pada tahun 1857. Ketika itu, kira-kira 36 orang tetamu majlis tersebut meninggal dunia akibat terkena wabak penyakit berjangkit.
Presiden Buchanan sendiri terkena jangkitan penyakit itu dan terdapat khabar angin ketika itu yang mengatakan beliau telah meninggal dunia. Bagaimanapun beliau telah sembuh seminggu selepas itu dan meneruskan pentadbirannya.
Kajian yang dijalankan oleh ahli sejarah mendapati wabak penyakit itu terjadi disebabkan oleh keadaan kurang bersih di hotel tempat tetamu upacara perlantikan itu menginap. - National Constitution Center
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.