Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 16 Januari 2013

Suami Belasah Isteri Didakwa Di Mahkamah

KAMARUDDIN diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kangar semalam selepas didakwa membelasah isterinya yang dalam pantang hingga cedera parah pada 5 Januari lalu.

Anira Aziz dibelasah oleh suaminya semasa dalam pantang selepas bersalin anak ketiga. Foto: myMetro


KANGAR – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membelasah isterinya yang masih dalam pantang hingga mengakibatkan wanita itu cedera parah pada 5 Januari lalu. 
Bagaimanapun, Kamaruddin Hassan, 41, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di hadapan Majistret Zuhair Rosli. 
Mengikut pertuduhan, Kamaruddin didakwa telah mencederakan Anira Aziz (gambar kecil), 28, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Repoh Seberang Sungai di sini pada pukul 4 pagi, 5 Januari lalu. 
Dia mencederakan isterinya itu dengan menggunakan bingkai gambar, lesung batu dan belakang pisau. 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan. 
Zuhair kemudian membebaskan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM2,500 selepas mendengar rayuan bapa kepada dua anak itu dan menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes. Tertuduh yang bekerja sebagai pekerja kontrak di Kuala Lumpur membayar denda tersebut. 
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Amir Irwan Yaakob manakala tertuduh diwakili peguam, Rabiatul Adawiyah Ramli. - Kosmo!


Pertahan Tindakan



KAMARUDDIN dibawa keluar dari mahkamah, semalam. Foto: myMetro


Kangar: “Apa hang buat kalau bini hang main dengan orang lain?” tanya seorang tertuduh kepada petugas media apabila mengaku tidak bersalah membelasah isterinya menggunakan lesung batu ketika meninggalkan kompleks mahkamah, di sini, semalam. 
Tertuduh, Kamaruddin Hassan, 40, sebelum itu membuat pengakuan berkenaan ketika dihadapkan di depan Majistret Zuhair Rosli.

Kamaruddin dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Anira Aziz, 27, dengan menggunakan bingkai gambar, bahagian belakang pisau dan juga lesung batu. 
Kejadian didakwa berlaku di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Repoh, Seberang Sungai, jam 4 pagi pada 5 Januari lalu.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Amir Irwan, manakala tertuduh diwakili peguam Robiatul Adawiyah Ramli. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.