|
Ariel Sharon ketika masih sihat. Foto: haaretz.com |
|
Sharon bersama Presiden Bush. Foto: electronicintifada.net |
|
Sharon mencari berkat di Tembok Ratapan. Foto: AP |
|
Reflika Sharon sedang koma. Foto: albawaba.com |
BAITULMAQDIS - Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon yang dalam keadaan koma, telah menjalani proses imbasan otak.
Sharon dibawa dari Hospital Tel Hashomer ke Hospital Soroka. Selesai menjalani proses imbasan otak, Sharon dibawa kembali ke Hospital Tel Hashomer.
Menurut laporan media Israel, imbasan itu bertujuan untuk mengetahui keadaan fizikal Sharon. Bagaimanapun pihak hospital belum memberi ulasan tentang hasil imbasan tersebut.
Sharon yang kini berusia 84 tahun adalah Perdana Menteri Israel pada 2001 hingga 2006. Pada 2006, Sharon diserang strok dan sehingga kini, Sharon masih dalam keadaan koma.
Di bawah pimpinan Sharon, Israel mengamalkan polisi-polisi yang radikal. Sharon juga bekerja sama dengan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George Bush memencilkan Yasser Arafat yang cuba untuk menghalang misi Israel di Palestin.
Sharon bertanggungjawab memerintahkan pasukan-pasukan Israel meninggalkan Gaza pada 2005 dan menutup sempadan Kissuifm. Bagaimanapun penarikan pasukan Israel itu menimbulkan bantahan keras daripada Parti Likud.
Setelah menerima bantahan keras, Sharon keluar dari Parti Likud dan membubarkan parlimen. Sharon kemudiannya menubuhkan parti Kadima dan melalui parti barunya, Sharon kembali di Israel melalui pilihan raya. - Associated Press
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.