|
Tengkorak manusia (dalam bulatan) ditemui tergantung di sebatang pokok di Pusat Pentadbiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang semalam. |
SEPANG – Seorang pekerja landskap terkejut menemui tengkorak wanita berambut panjang tergantung di celah sebatang pokok rimbun di pintu masuk Pusat Pentadbiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.
Kejadian pukul 11 pagi itu disedari oleh pekerja itu kira-kira 100 meter dari bangunan Terminal Penerbangan KLIA.
Satu sumber berkata, tengkorak manusia warga China itu ditemui oleh seorang pekerja yang ditugas menebas rimbunan pokok di kawasan itu.
Sumber itu berkata, pokok itu dipercayai pokok mengkuang.
“Semasa melakukan kerja-kerja di situ, pekerja itu terkejut menemui tengkorak manusia tergantung di celah pokok manakala rangkanya pula bersepah di tanah.
“Rangka manusia itu berseluar jeans dan berbaju serta berambut panjang,” kata sumber itu ketika dihubungi Kosmo!. - Kosmo!
Dari myMetro
|
ANGGOTA Unit Forensik polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam. |
|
Anggota polis dari Jabatan Forensik melakukan siasatan di lokasi rangka wanita ditemui. Foto: Sinar Harian |
“Saya nampak objek seperti tulang tangan di tanah, tetapi disebabkan menyangka ia hanya patung saya meneruskan kerja menebas sebelum mendapati ia rangka manusia,” kata Sukirno Sukar, pekerja pembersihan yang menemui rangka manusia yang lengkap berpakaian di kawasan semak mengkuang berdekatan Pusat Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, Sukirno, 53, bersama rakannya ditugaskan menebas semak di situ sebelum menemui rangka manusia yang terpisah kepala.
“Bila menyedari objek itu rangka manusia, saya terkejut dan melompat melarikan diri sambil memanggil rakan yang berkerja berhampiran,” katanya yang ditemui, semalam.
Menurutnya, sambil ditemani rakan, dia cuba melihat lebih dekat rangka itu dan mendapati kepala sudah hilang sebelum menemui tengkorak yang masih berambut tergantung di pokok mengkuang.
“Kami berasa pelik kerana rangka itu tiada kepala. Kemudian, kami memeriksa kawasan sekeliling dan menemui kepala berambut panjang diikat dengan tali pada pokok mengkuang,” katanya.
Dia berkata, mereka memaklumkan penemuan itu kepada pihak pengurusan landskap dan seterusnya melaporkan kepada polis.
Difahamkan, rangka yang lengkap berseluar dan memakai baju-T itu seorang wanita dan dipercayai sudah meninggal dunia sejak sebulan lalu.
Berhampiran rangka terbabit turut ditemui pasport milik seorang wanita warga China berusia 29 tahun dan pemeriksaan polis mendapati dia masuk ke Malaysia sejak 2010.
Selain itu, barangan lain yang dijumpai termasuk kad kredit dan duit dalam mata wang yuan China.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati tiada tanda hentakan atau kecederaan pada tengkorak berkenaan. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.