|
Ratu Beatrix mengumumkan hasrat baginda hendak turun takhta pada 30 April |
|
Ratu Beatrix akan menyerahkan Takhta Belanda kepada Putera baginda |
|
Ratu Beatrix mempunyai hubungan yang erat dengan Ratu Elizabeth Britain |
|
Ratu Beatrix dan suami bersama Putera Alexander semasa masih kecil |
|
Ratu Beatrix bersama bekas suami, Putera Claus semasa di London |
AMSTERDAM - Ratu Beatrix Belanda mengumumkan akan turun takhta setelah memerintah selama 33 tahun dan menyerahkan takhta kepada Putra Mahkota Willem-Alexander pada 30 April akan datang.
Ratu mengumumkan pengundurannya melalui siaran kebangsaan pada Isnin, tiga hari sebelum hari ulang tahun baginda yang ke-75.
Sementara itu, Perdana Menteri Belanda Mark Rutte mengumumkan bahawa Putera Willem-Alexander sudah bersedia untuk melaksanakan tugas sebagai Raja Belanda.
"Ratu selalu berada di samping kita sama ada pada waktu senang atau waktu susah. Pengetahuan dan keinginan baginda yang besar menyebabkan baginda menjadi ikon Belanda," ujar PM Rutte.
Dalam usia 74 tahun, Ratu Beatrix sangat popular di kalangan rakyat. Baginda bersama keluarga diraja menunjukkan sikap terpuji sebagai anggota monarki.
Baginda kerap naik basikal di The Hague walaupun baginda adalah anggota Bildeberg Group, sebuah kumpulan tokoh ekonomi berpengaruh dan tersenarai sebagai anggota monarki yang kaya.
Baginda juga kerap bekerja di belakang tabir politik nasional Belanda. Sehingga tahun lalu, Ratu Beatrix mempunyai hak inisiatif untuk mengemukakan calon yang akan membentuk kerajaan dalam sistem kerajaan campuran Belanda yang rumit.
Baginda berpisah dengan Putera Claus sedekad yang lalu dan mengalami beberapa peristiwa duka sepanjang tahun 2012. Putera kedua baginda, Putera Friso, cedera parah akibat kemalangan ski di Austria dan sehingga kini masih dalam keadaan koma di London.
Keputusan Ratu Beatrix itu membuka jalan kepada Putera Mahkota Willem-Alexander menaiki takhta pada usia 45 tahun. Isteri baginda, Puteri Maxima, berasal dari Argentina dan akan menjadi permaisuri. - Guardian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.